Tuesday, February 17, 2015

HIBAH

Apa itu Hibah?

Hibah adalah pemindahan harta tanpa balasan mengikut syarat-syarat tertentu. Ia berbeza dengan sadaqah atau hadiah. Sadaqah atau sedekar ialah pemberian atau pemindahan milik yang dibuat dengan niat memperolehi pahala di akhirat. Manakala hadiah ialah pemberian kepada seseorang kerana menunjukkan rasa hormat atau berterimakasih kepadanya.


Dalil Hibah
Pemberian digalakkan oleh Islam. Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud : “Bertukar-tukar hadiah di kalangan kamu kerana ia mengukuhkan perasaan saying di antara satu sama lain.”

Dalam hadith lain, baginda S.A.W bersabda bermaksud : “Berilah hadiah kepada seseorang lain kerana hadiah menghindari rasa cemburu.”

Hibah menurut undang-undang

Hibah diiktiraf oleh undang-undang Syariah dan undang-undang sivil. 

Seseorang boleh menurut undang-undang memberi hartanya kepada seseorang yang lain secara inter-vivos, iaitu semasa hidup dan ia tidak terhad jumlahnya. Tidak seperti pemberian melalui Wasiat yang terhad hanya setakat 1/3 daripada keseluruhan hartanya.

Penulisan, Penyimpanan dan Pelaksanaan Hibah

Pihak kami ada menyediakan perkhidmatan menyediakan Deklarasi Hibah secara mudah, cepat dan berpatutan, untuk kesejahteraan hidup orang yang disayangi tanpa terhad jumlahnya. Ia mungkin akan berguna untuk kepentingan mereka yang disayangi selepas kematian anda. Proses penyediaan dokumen Hibah dilaksanakan secara profesional mengikut undang-undang Syariah. Penyimpanan dokumen Hibah sepanjang hayat adalah dijamin keselamatan dan kerahsiaannya. Proses pengesahan dan pelaksanaan hibah dilakukan secara efektif bagi memastikan hasrat Pemberi hibah terlaksana dengan sewajarnya.

Dokumen Deklarasi Hibah

Deklarasi Hibah ialah satu deklarasi yang dilakukan oleh pemilik harta yang menyatakan bahawa beliau memberi harta tersebut kepada penerima hidah (benefisiari) dan beliau memegang harta tersebut untuk kepentingan penerima hidah. Ia adalah dokumen bertulis yang mengandungi syarat dan terma penghibah memegang aset tersebut.



ANDA BOLEH MENGHUBUNGI FIRMA KAMI DAN MENETAPKAN TEMUJANJI UNTUK MENDAPATKAN KHIDMAT NASIHAT LANJUT BERHUBUNG INSTRUMEN HIBAH INI.